Bitcoin Faucet, Cara Mudah berjinak dan kumpul cryptocurrency secara percuma

Korang mesti pernah dengar tentang website pay per click atau view ads untuk mendapat ganjaran kan?

Tahukah korang, bitcoin juga mempunyai web sebegitu. Ia dinamakan Bitcoin Faucet

Bitcoin Faucet ini boleh wujud dalam bentuk web atau apps dan ahli akan mendapat ganjaran dalam bentuk unit bitcoin atau cryptocurrency yang lain seperti litecoin, dogecoin etc. Apa yang perlu dilakukan oleh ahli hanyalah melengkapkan beberapa tugasan mudah seperti survey, pay per click atau melihat  iklan sahaja.

Secara dasarnya, web atau apps ini menyediakan keahlian secara percuma , namun, ada juga yang menawarkan keahlian berbayar dengan bayaran untuk setiap tugasan dinaikkan. Tetapi, tidak digalak, takut-takut scam.

Antara bitcoin faucet yang secara konsistennya membayar ahli untuk melihat iklan adalah:

Moon Dogecoin

Moon Dogecoin merupakan website dimana ahli boleh ‘claim’ ganjaran setiap 5 minit. Ganjaran akan diberikan dalam bentuk dogecoin. apa yang perlu dilakukan oleh ahli adalah melayari website tersebut, lihat iklan dan claim. Bonus loyalti juga akan diberikan untuk ahli yang melayari setiap hari, 1% untuk sehari sehingga genap 100%. (tak boleh miss ya, kalau tidak bonus loyalti akan kembali kepada 0, ;P) .

Selain itu, ada juga bonus misteri dan bonus referral dan korang boleh mendapat bonus semaksimum 300% sehari.

Website ini telah wujud dari December 2014 dan sehingga kini, masih membayar ahlinya. (Admin sendiri merupakan ahli)

Moon Litecoin

Sama seperti Moon Dogecoin, ahli Moon Litecoin boleh ‘claim’  setiap 5 minit dengan  bayaran diberikan di dalam bentuk litoshi, unit kecil dalam litecoin. Terma dan syarat lain sama seperti Moon Dogecoin

 

Moon Bitcoin

Moon Bitcoin membayar ahlinya dengan satoshi, unit terkecil bagi bitcoin,  dan ahli hanya perlu melayari web ini dan ‘claim’ setiap 5 minit. Sama seperti faucet sebelum ini, terdapat banyak lagi bonus-bonus sampingan kepada ahli.

Moon Dash

Dashcoin merupakan salah satu matawang digital. Walaupun tidaklah sepopular bitcoin ataupun litecoin, tetapi, matawang ini tetap mempunyai nilainya sendiri. Ahli web ini akan dibayar menggunakan dashcoin dan ‘claim’ boleh dibuat setiap 5 minit.

 

Wallet – Coinpot

Web-web faucet di atas membayar terus ke dalam Wallet Coinpot. Coinpot merupakan microwallet yang mengumpul kesemua ‘claim’ korang dari web-web faucet di atas. Di sini, korang boleh mine dan ‘convert’ cryptocurrency korang ke cryptocurrency yang lain (contoh: litecoin ke bitcoin) dan korang boleh withdraw bitcoin dari coinpot ke wallet bitcoin korang. Ahli juga akan menerima coinpot token secara percuma, dan boleh menggunakannya untuk convert ke crypto yang lain, ‘play lotery’ atau ‘play mutliplier’

 

Rumusan

Walaubagaimanapun cara, admin nak bagi tahu, ini bukanlah skim cepat kaya, dan korang tak akan kaya pun dengan melayari dan claim dari website ini, 2, 3 kali. Pengumpulan bitcoin ini akan mengambil masa, tetapi, sekiranya anda rajin, tidak mustahil dalam jangka masa panjang, akan nampak ‘nilai’ yang kita telah kumpul. Ini merupakan salah satu cara untuk anda membuat duit dengan cryptocurrency, dan ianya PERCUMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *